Saturday 1 December 2012

Salam Puisi Untuk Dunia!!


Alhamdulillah,
Puisi nukilan peserta sedang dalam proses penghakiman.

InsyaAllah,
setiap puisi yang dihantar akan disiarkan di laman ini.

Nantikan pengumuman daripada pihak kami!

Terima kasih atas sokongan! 


Sunday 1 April 2012

Penyertaan kini dibuka!!!

Salam wbt,

Jangan lupa untuk menghantarkan hasil karya anda ke puisiuntukdunia2012@gmail.com!!
Sila rujuk artikel sebelum ini untuk syarat-syarat penyertaan.
Selamat berpuisi!


Saturday 24 March 2012

Nantikan Kemunculannya!


Maklumat Sayembara



Syarat-syarat Penyertaan
1.  Antologi ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menepati syarat - syarat berikut:
  • Sedang belajar, bekerja atau tinggal di United Kingdom atau Ireland semasa tempoh sayembara atau dalam tempoh setahun sebelum sayembara berakhir

2.  Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran dengan menyentuh mana-mana aspek seperti:
·          Sejarah dunia (tamadun terdahulu, perang)
·          Isu alam sekitar (pencemaran, pemanasan global, kesan rumah hijau)
·          Keamanan atau kezaliman (isu di Syria, Palestin, Bosnia)
·          Hak asasi kemanusiaan (dasar apartheid)
·          Pergolakan politik
·          Isu-isu semasa dunia
·          Lain-lain aspek yang berkaitan

3.  Karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

4.  Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5.  Panjang puisi adalah bebas namun puisi yang terlalu pendek (kurang daripada 10 baris tidak dibenarkan)

6.   Tempoh sayembara adalah dari 1 April 2012 sehingga 30 Jun 2012

7.  Terma dan syarat tertakluk pada pindaan dan perubahan berdasarkan hal-hal semasa.

8.  Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke puisiuntukdunia2012@gmail.com

9.  Berita terkini, panduan menulis puisi dan hal-hal lain dapat disemak menerusi laman web rasmi sayembara di http://puisiuntukdunia2012.blogspot.com

Penilaian


1.  Minimum puisi yang boleh dihantar oleh seorang peserta adalah SATU manakala bilangan maksimum adalah TIGA.

2.  Puisi-puisi akan dinilai satu per satu dan bukannya bersifat ‘kombo.

Hadiah

Lima (5) x HADIAH UTAMA akan disediakan kepada pemenang yang terpilih.
Hadiah tersebut merupakan

-          Plaque
-          Sijil penyertaan daripada LUMSOC (University of Leeds)
-          Lain-lain (buku dan sebagainya)

Pemenang-pemenang juga akan berpeluang untuk menembusi media-media terpilih selain karya semua peserta akan dikompilasikan.