Panduan Ringkas Menulis Puisi
Sebelum
menulis puisi:
-
Kenal pasti tema puisi. Elakkan
menulis puisi yang bersifat ringan, tertutup (terlalu personal), atau popular
seperti cinta remaja, isu remeh dalam persekitaran, dan konflik dalaman yang
terlalu bersifat personal dan sukar difahami secara universal oleh pembaca
lain. Tiga skop tema yang sentiasa malar hijau adalah : keagamaan, sejarah dan
perjuangan, dan sosial-politik.
-
Kenal pasti keperluan puisi
terutama jika dihantar untuk pertandingan, misalnya panjang, tema, khalayak
sasaran, dan sebagainya.
-
Pastikan anda mengetahui asas
unsur sastera yang mudah seperti metafora, simili, personifikasi, dan hiperbola.
Ini sudah cukup untuk mendapatkan puisi yang baik.
Mencari Ilham
-
Banyakkan membaca puisi-puisi
berkaitan dari penulis-penulis yang berada pada tahap yang lebih baik. Elakkan
membaca karya penulis yang setara dengan anda (misalnya yang dilambakkan di
web-web tertentu, dan sebagainya) kerana ia tidak membantu meningkatkan
kreativiti anda.
-
Banyakkan membaca isu berkaitan
puisi yang hendak dihasilkan.
-
Sentiasa mencatat ilham/idea
anda. Anda mungkin bermula dengan ilham yang lain, dan akhirnya setelah selesai
puisi anda mengambil bentuk yang lain. Proses ini dinamik dan berterusan.
-
Catatkan rangkai kata /
metafora / ungkapan yang dirasakan puitis dan relevan dengan puisi yang hendak
dihasilkan.
Menulis puisi
-
Jangan tergesa-gesa, puisi tak
semestinya siap dengan sekali duduk.
-
Pastikan puisi diedit
berkali-kali sesudah selesai
-
Beberapa perkara yang dapat
melemahkan puisi:
- Citra bercampur: ini
merujuk kepada penggunaan citra dalam puisi yang tidak selari. Contoh,
perhatikan puisi ini.
Matanya bergelora bak lautan
menikam jauh ke dasar hati
Dalam contoh ini, mata
yang digambarkan bak lautan itu tidak sepatutnya dipadankan dengan sifat
‘menikam’ kerana perkataan menikam hanya sesuai untuk benda yang tajam. Lebih
sesuai ditulis:
Matanya tajam bak pisau
menikam jauh ke dasar hati
- Klise: klise bermaksud
suatu ungkapan sudah biasa didengar atau digunakan, meskipun kedengaran puitis.
Puisi yang baik perlu membawa kelainan yang kreatif. Contoh ungkapan yang
klise: ‘menjentik kalbu’, ‘gunung
impian/cita-cita/harapan’, ‘diulit rasa/resah’, ‘seputih/sedingin salju’,
dan sebagainya. Kesemua ungkapan ini biasa kita lihat digunakan oleh
penulis-penulis baru dan tidak mencerminkan kreativiti dan kelainan dalam puisi.
- Lewah: ini merujuk
kepada ungkapan, atau pembentukan ayat yang meleret, tidak ekonomis dari segi
penggunaan kata-kata. Contohnya terlalu banyak penggunaan kata ganti nama dan
terlalu banyak kata hubung/penanda wacana. Elakkan menghuraikan hal/perkara
yang sama berulang kali.
-Ayat langsung: yang
membezakan puisi dengan karangan/prosa lain adalah pembentukan ayatnya yang
bebas (iaitu tak terikat dengan sifat konvensional sebuah ayat sempurna, yang
lengkap dengan kata hubung, penjodoh bilangan, imbuhan dan sebagainya) serta
nilai-nilai keindahan yang dibina dengan unsur-unsur sastera seperti metafora,
simbol, dan sebagainya. Puisi yang baik, tidak wajar ditulis secara langsung.
Lihat contoh bagaimana puisi di bawah sekadar ditulis secara langsung, bahkan
boleh diatur menjadi sebuah ayat lengkap biasa.
Hormatilah ibu bapa
kerana mereka telah mendidik kita
sehingga kita berjaya
dan mengenal asal budaya.
Puisi ini secara mudah
boleh ditulis menjadi ayat lengkap begini:
Hormatilah ibu bapa kerana mereka telah mendidik kita sehingga kita
Berjaya dan mengenal asal budaya.
Ini bermakna puisi di atas
sekadar satu ayat langsung yang dipenggal-penggal dan disusun dalam bentuk
puisi. Puisi sebegini rendah nilai estetika dan keindahannya.
-Pengguna bahasa pasar:
Puisi yang bermutu menggunakan bahasa yang baik. Jauhi bahasa pasar, atau ejaan
yang tidak standard seperti ‘sy’, ‘saye’, ‘x’(untuk tidak/tak), dan sebagainya.
-Teknik pengulangan yang
lemah: Sering terjadi, penulis mengambil jalan pintas dengan cara memasukkan
teknik pengulangan secara mentah dan lemah. Teknik ini boleh memakan diri jika
tidak dipraktik sebaiknya. Contoh teknik pengulangan lemah:
Kini kukembali ke desa asal
tanah yang hijau
tanah yang subur
tanah yang permai.
Perhatikan pengulangannya
yang terlalu simplistik, sekadar menukar perkataan akhir baris semata-mata
tanpa memberi nilai tambah kepada makna atau keindahan puisi.
-Soalan retorik yang
lemah: Soalan retorik merujuk kepada soalan-soalan (ayat tanya) yang
dikemukakan dalam puisi tanpa memerlukan jawapan. Sering dalam puisi, teknik
ini digunakan berleluasa sekadar untuk memanjangkan puisi tanpa ada nilai
tambah yang berkesan. Contoh retorik yang lemah:
Ketika malam kian sepi
Mengapakah hati ku gelisah?
Apa silap ku?
Di manakah teman-temanku dulu?
Yang pernah berkongsi suka
Yang
pernah berbahagi duka
-
Keterletakan bunyi: Meskipun
sajak moden mempunyai bentuk bebas, keterletakan bunyi memainkan peranan
penting dalam mengindahkan bacaan puisi. Rima yang seragam penting, termasuk
asonansi dan aliterasi. Sebagai contoh, baca lirik-lirik lagu yang baik
(kebiasaannya lagu bersifat rap mempunyai lirik yang sangat baik dari segi
keterletakan bunyi/rima).
Selesai Menulis
-
Penyuntingan puisi sama
pentingnya dengan proses menulis puisi.
-
Selesai menulis, tinggalkan
puisi anda seketika (beberapa hari) dan kemudian baca kembali untuk mencari sebarang
kelemahan dan kekurangan, di samping menambah idea-idea baru.
-
Pastikan ejaan dan tanda baca
turut disemak.
Hantarkan puisi anda ke tempat yang sewajarnya. Jangan biarkan ia menjadi artifak di bawah bantal!
Disediakan oleh Fahd Razy (Grup
Karyawan Luar Negara – karyawanluarnegara.com)
No comments:
Post a Comment