Tentang LUMSOC

LUMSOC merupakan persatuan yang menjaga kebajikan para pelajar Malaysia yang menuntut di University of Leeds. Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan oleh pihak LUMSOC sama ada secara solo mahupun melalui usaha sama dengan badan-badan yang lain. Sepanjang pengendalian sesi 11/12, bermula dari bulan April 2011, antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Explorace untuk pelajar Malaysia yang baru mendaftar dan Freshers Camp (dengan kerjasama persatuan pelajar Malaysia dari Sheffield, Liverpool, Manchester dan York). Selain itu, program seperti DUDE (Discover Your Deen) , Asian Cup'12, PEARL'12 (dengan kerjasama pihak IKRAM dan Kelab UMNO Leeds Bradford), CARE4U dan Baiti Jannati turut diadakan. Tidak dilupakan, acara tahunan terbesar, iaitu NISE (Nisa' Nasyeed Extravaganza).














Kali ini LUMSOC tampil sekali lagi dengan sebuah lagi program, dengan kerjasama pihak GKLN (Grup Karyawan Luar Negara), Puisi Untuk Dunia. Harapan LUMSOC, supaya para pelajar Malaysia  dapat mengembangkan bakat dalam bidang lain, selain akademik.



Disediakan oleh,

Shaharizan Azizi

Academic Officer
LUMSOC 1112

No comments:

Post a Comment