Latar
belakang
Puisi merupakan salah satu budaya rakyat Malaysia yang telah
wujud sejak berkurun lamanya. Puisi juga merupakan salah satu medium untuk
menyampaikan mesej secara bersahaja kepada orang ramai. Melalui puisi, penulis dapat
menggambarkan perasaan dan emosi secara total. Namun begitu, peluang untuk
berpuisi agak sukar diperoleh terutama di negara asing ini. Menyedari keadaan
itu, LUMSOC (Leeds University Malaysian Society) ingin membuka ruang kepada
semua warganegara Malaysia yang berada di UK dan Ireland, untuk menonjolkan
bakat dalam bidang penulisan puisi melalui program, PUISI UNTUK DUNIA.
Objektif
- Menyediakan platform kepada warganegara Malaysia yang berada di UK dan Ireland untuk berpuisi.
- Memberi peluang kepada warganegara Malaysia yang berada di UK dan Ireland menyuarakan pendapat mengenai isu-isu semasa sama ada dalam skop seluruh dunia, atau Malaysia.
- Menimbulkan kesedaran di kalangan warganegara Malaysia yang berada di UK dan Ireland untuk lebih membuka mata mengenai isu-isu semasa yang terjadi di sekeliling mereka.
- Memberi peluang kepada warganegara Malaysia yang berada di UK dan Ireland untuk mengasah bakat dalam bidang selain akademik, secara tidak langsung dapat membentuk kreativiti dalam diri.
Penganjur
·
LUMSOC (Leeds University Malaysian Society)
·
GKLN (Grup Karyawan Luar Negara)
No comments:
Post a Comment