Syarat-syarat
Penyertaan
1. Antologi ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang
menepati syarat - syarat berikut:
- Sedang belajar, bekerja atau tinggal di United Kingdom
atau Ireland semasa tempoh sayembara atau dalam tempoh setahun sebelum
sayembara berakhir
2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran
dengan menyentuh mana-mana aspek seperti:
·
Sejarah dunia (tamadun terdahulu, perang)
·
Isu alam sekitar
(pencemaran, pemanasan global, kesan rumah hijau)
·
Keamanan
atau kezaliman (isu di Syria, Palestin, Bosnia)
·
Hak asasi kemanusiaan (dasar apartheid)
·
Pergolakan politik
·
Isu-isu semasa dunia
·
Lain-lain aspek
yang berkaitan
3. Karya hendaklah asli (bukan saduran
atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media
cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya
tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut
dari blog sebelum keputusan diumumkan.
4. Setiap karya yang dihantar tidak akan
dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin,
majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak
cipta karya tetap di tangan penulis.
5. Panjang puisi adalah bebas namun puisi
yang terlalu pendek (kurang daripada 10 baris tidak dibenarkan)
6. Tempoh
sayembara adalah dari 1 April 2012 sehingga 30 Jun 2012
7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan
dan perubahan berdasarkan hal-hal semasa.
9. Berita terkini, panduan menulis puisi
dan hal-hal lain dapat disemak menerusi laman web rasmi sayembara di
http://puisiuntukdunia2012.blogspot.com
Penilaian
1. Minimum puisi yang boleh dihantar oleh
seorang peserta adalah SATU manakala bilangan maksimum adalah TIGA.
2. Puisi-puisi akan dinilai satu per satu
dan bukannya bersifat ‘kombo.
Hadiah
Lima (5) x HADIAH UTAMA akan disediakan kepada pemenang
yang terpilih.
Hadiah tersebut merupakan
-
Plaque
-
Sijil
penyertaan daripada LUMSOC (University of Leeds)
-
Lain-lain
(buku dan sebagainya)
Pemenang-pemenang
juga akan berpeluang untuk menembusi media-media terpilih selain karya semua
peserta akan dikompilasikan.